Terbest Untuk Dibaca
Monday, October 31, 2011
taman tema Warcraft dan Starcraft tidak berlesen di China
walaupun dibina dengan gempak tapi taman tema ini kurang mendapat sambutan dan kurang popular dikalangan pengunjung walaupun dibina untuk menyaingi Hongkong Disneland. walaupun reka bentuk, figura, costume dan senibina taman tema ini mengambil watak2 dalam permainan game Warcraft dan Starcraft tapi nama watak dan tempatnya diubah contohnya kawasan taman tema StarCraft dinamakan "Universe of Starship" dan taman tema World of Warcraft dinamakan "Terrain of Magic". ya la kan kalau tiru semua tunggu surat saman la jawapnya. bos aku cakap kalau nak tipu, tipu bagi orang percaya. tapi ni tipu beradap wawawawa.
apa pun pihak taman tema World Joyland ni dengan banganya mendakwa inilah taman tema permainan video game pertama didunia. kos pembinaan taman tema ni bernilai 200 juta yuan (kira-kira AS 30 juta USD) dan mempunyai keluasan 600,000 meter persegi. walaupun tak de lesen tapi taman tema ni tetap wow dan aku nak pegi kalau ada peluang. aku tengok mmg best la sbb aku antara perminat game Warcraft semua watak tu aku kenal sbb aku penah guna. Triple killllll....... layan video and pic ni..















Sunday, October 30, 2011
Volkswagen Passat baru
direka bentuk dalam kelas tersendiri dan mewah, Volkswagen Passat mempunyai hiasan dalaman yang mewah dan enjin revolusioner untuk membawa korang dengan pemanduan yang tenang. Dengan kotak gear DSG 7-kelajuan dipadankan dengan ciri-ciri keselamatan kelas dunia.
Apa korang tunggu lagi? pandu uji VW Passat hari ini. mungkin Kereta korang yang seterusnya buatan Jerman pulak kan. sejak akhir2 Volkswagen mula mencipta nama di malaysia disebabkan rekabentuknya yg mewah dan canggih. diantara model yg femes adalah model Volkswagen golf yg sporti dan ranggi. sekarang Volkswagen Passat akan memberikan korang lebih banyak pilihan. pada sesiapa yg berminat nak test drive atau nak info lebih lanjut tentang Volkswagen Passat sila ke sini Volkswagen Malaysia. korang boleh juga download Brochure kat situ.
siapa yg berminat harga Volkswagen Passat ni adalah dari RM184,888.00

main aplikasi game online baru NissanXGear 3d dan dapat hadiah
Bersempena dengan pelancaran baru X-Gear 3d, Nissan telah melancarkan aplikasi yg tersangat best. ianya dilengkapi dengan aspek futuristik 3d seperti permainan game pengembaraan online yang menarik untuk korang di Gear X 3d. didalam aplikasi permainan tersebut korang dikehendaki mengambil penumpang seberapa ramai yg boleh untuk dihantar ke Showroom NISSAN dan seterusnya mengutip point atau markah korang. lagi ramai penumpang lagi banyak lah point korang dapat. korang perlu cepat untuk bersaing dengan peserta lain secara online.
Aplikasi ni juga dilengkapi dengan Garaj yang membolehkan korang melihat kenderaaan dalam imej 3d. korang jugak boleh menukar warna kereta dan meneroka ciri-ciri kenderaan yg best. seakan-akan game need for speed.
tapi main need for speed korang tak dapat hadiah kalau korang main aplikasi NissanXGear ni korang berpeluang untuk memenangi iPod Shuffle atau iPad 2! tunggu apa lagi jom sertai perlumbaan X-Gear, kumpul seberapa banyak penumpang yg boleh dan kalahkan pesaing korang. aplikasi ni di buka sehingga 15 Dis 2011. siapa yg berminat untuk bermain pemainan yg best ni boleh klik NissanXGear dan mulakan permaianan korang. bagi penguna i-phone, i-pad dan android korang boleh download aplikasi NissanXGear untuk smartphone anda kat sini.
trailer filem In Time 2011
Saturday, October 29, 2011
menang RM 10,000 dengan Nescafe
jadi design lah secantik yg boleh dan dapatkan vote paling tinggi. selain dari tu korang boleh vote design yg lain jugak mana tahu, mungkin salah satu daripada rakan-rakan korang telah mengemukakan design mereka dan berpeluang memenangi hadiah. bleh makup!! skit kan.. hahaha
tunggu apa lagi mengundi lah sekarang!!. siapa yang nak mengundi sila ke sini
tak sabar nak tunggu design baru tin Nescafe jomm!! mengundi.

sitkom komedi 80an yang meramal kematian Gaddafi
kehidupan harian pada masa depan
trailer filem Petaling Street Warriors filem kedua namewee
aku blom tengok nasik lemak 2.0. sbb aku tak berapa suka sgt si namawee nih. aku malas nak cakap banyak pasal dia. tapi aku rasa dia ada potensi walaupun ada menceduk hasil keja orang lain. contohnya filem kedua dia ni Petaling Street Warriors yg mmg menceduk idea filem kung-fu hatsel dari hongkong arahan stephen chow yg bekisarkan gengster zaman dulu2 yg berlatar belakang tahun 1900an. apa pun mesti ada kelainankan dari jalan cerita takkan nak tiru sjibik-sejibik kan. filem ni masih mengekalkan konsep 1 malaysia. uwekk!! tengok pada trailer ni boleh tahan la....
Thursday, October 27, 2011
peluncur ais paling cantik didunia





Wednesday, October 26, 2011
perbezaan video game dahulu dan sekarang





Labu berukir zombi terbesar didunia




mesin terbang pertama di dunia berbentuk sfera

kementerian pertahanan jepun telah memperkenalkan mesin terbang baru yg berbentuk sfera atau bebola.
mesin ini mempunyai kemampuan untuk terbang menegak dan melintang melalui ruang sempit sehingga 60km / h, dan akan terus bergerak apabila ia mencecah tanah atau dinding. ini kerana ianya dilengkapi dengan tiga sensor giro dalamnya. mesin juga boleh terus terbang walaupun ia berlangar dengan halangan contohnya dinding bermaksud ia sangat tahan lasak. semua fungsi tersebut tidak ada pada halicopter masa kini. nampak seperti bola yg bleh di tendang sana sini.
mungkin helicopter masa depan berbentuk bulat. siap boleh begolek kan. best tu.... hmmm korang perasan tak semua idea2 bijak sejak akhir2 ni banyak yg datang dari china dan jepun...
Monday, October 24, 2011
awek cun autoshow di Moscow Russia








Sunday, October 23, 2011
10 langkah mudah selesai hutang
huh! aku banyak hutang. hutang study, hutang tv led, personel loan lagik. tu tak termasuk komitment tetap mcm sewa rumah, elektrik, air semua tu. peningkan. waaaawaaawawa!!!. sekarang aku tengah amal sepuluh langkah ni. setakat hari ni Alhamdulilah ada perubahan sikit. cuba dulu dari korang dok pening2 tengah bulan kan. kat sini ada 10 langkah selesai hutang yang korang boleh cuba.
1. check rekod perbelanjaan korang untuk tempoh 12 bulan. tengok semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang korang ada. untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku catitan yg kecil (buku 555 pun bleh) untuk untuk menulis semua perbelanjaan korang, walaupun untuk membeli sebungkus tek o ais sekalipun. Akhir sekali korang akan mendapati perbelanjaan korang yg sedikit-sedikit itu menjadi banyak.
2. korang perlu mengira jumlah perbelanjaan korang dalam sebulan, dengan mencampurkan semua komitment yg tetap yg perlu korang bayar dalam sebulan. contoh sewa rumah, bil elektrik, bil air, minyak kereta, toup handphone dan makanan korang selama sebulan.
3. buat satu senarai hutang yang korang tengah tanggung iaitu hutang selain komitment bulanan korang. dan masukkan sekali senarai No.2. ini untuk pastikan berapa hutang yang korang ada.(selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini setiap bulan)
4. buat satu senarai pembayaran minima yang perlu korang buat setiap bulan. contohnya korang perlu membayar rm2000 setiap bulan untuk semua hutang itu.
5. periksa baki yg perlu korang bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. senaraikan semua hutang korang dengan susunan - sedikit diatas sekali, dan yang banyak letakan dibawah. senaraikan semua hutang korang. Contohnya:
a) hutang tv led RM1800
b) hutang kad kredit RM6,000
c) hutang kereta RM60,000
d) hutang rumah RM150,000
7. Sekarang korang perlu membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv led) dan akhir sekali hutang yang agak banyak (rumah dan kereta)
8. prinsip 10% Pada langkah Nombor 4, korang telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu korang bayar setiap bulan iaitu rm2000. set kan dalam minda korang untuk tambah sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu rm200. maksudnya di sini rm200 duit selain komitment hutang bulanan korang.
9. Untuk mempunyai tambahan rm200 untuk membayar hutang, kurangkan rm200 daripada perbelanjaan dan simpan korang untuk membayar hutang. contohnya. gaji korang rm3500, hutang rm2000, baki rm1500. ambil jumlah 10% daripada rm2000 iaitu rm200 dalam rm1500 baki gaji korang. mcm mn cara untuk mengumpulkan rm200 ni kan. ya la itukan duit lebihan gaji korang mesti la nak berbelanja kan. jadi korang perlu berbincang dengan keluarga korang apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika korang merokok, try to stop. korang pelu cari jalan untuk berjimatkan paling kurang rm200 sebulan.
10. bila dah berjaya, gunakan duit tambahan rm200 tu untuk membayar hutang no.1 korang yang sedikit dahulu. Jika korang membayar rm100 sebelum ini, sekarang korang bayar RM300 (rm100+rm200). bila habis hutang pertama, gunakan rm300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar rm200 untuk hutang kedua, korang bayar rm500 (rm200+rm300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan kesan yg maksimum untuk melangsaikan hutang korang dengan pantas. Teruskan teknik ini sehingga hutang yg terakhir. bila semua dah selesai dengan jangka masa yg singkat korang boleh buat apa saja dengan rm2000 yg korang kluar untuk bayar hutang selama ni. rm2000 beb byk tuh....
SELAMAT MENCUBA!!! AKU TENGGAH CUBA SEKARANG...
iPhone 4S vs Galaxy S II yang mana lebih canggih

Saturday, October 22, 2011
kubu terbang Russia yang bapak besar
kubu terbang ini dicipta untuk menempatkan askar yg berpangakat tinngi seperti general dan pemimpin tertinggi tentera. ianya juga dilengkapi meriam dan senjata pemusnah yg lain.
Gambar kubu terbang tidak banyak yang disimpan, kerana tahap kerahsiaan projek-projek ini yang tinggi dan kerana terlalu lama. tetapi Masih ada beberapa photo sebagai bukti kewujudan kubu terbang atau flying fotres ini, korang boleh melihat salah satu daripada pesawat itu adalah pengebom berat K-7.
Kini, pencinta sejarah moden di Rusia cuba untuk membina semula mengikut pelan asal yang menjadi rahsia arkib tentera Rusia selama ini. kat bawah ni adalah contoh lakaran artis rekabentuk kubu terbang yg menjadi rahsia selama ni gilababs!! besar tok....





