Terbest Untuk Dibaca

Wednesday, November 30, 2011

hotel UFO di sweden

ada sesapa yg teringin nak tido dalam UFO. di sweden ada sebuah hotel yg terletak berhampiran village of Harads Sweden yg mempunyai reka bentuk sebuah UFO di atas pokok. hotel yg di panggil Tree hotel UFO mempunyai bilik yang unik. bagi yg berminat nak bermalam kat hotel UFO ni harganya dari $ 600 satu malam.








pokok krismas lego tertinggi di dunia di london

Pokok Krismas Lego gergasi ini telah dibina di London St Pancras station. ni merupakan pokok tertinggi yang pernah dibina dengan hanya mengunakan bongkah mainan lego. pokok krismas ni mempunyai ketinggian 10 meter dengan menggunakan 600.000 bongkah Lego untuk melekatkan 172 lapis dahan. untuk hiasan ianya mengunakan 1200 bola krismas yg juga dibuat daripada bongkah lego. sblum ni ada banyak benda yg unik yg dihasilkan dari bongkah lego. kalau korang nak tengok arca2 yg unik di perbuat dari lego boleh tengok arca lego yang super rare






fakta tentang Angry Birds

aku pun tak paham pasal apa ramai sangat suka Angry Birds ni. kalau bab burung suka sgt. layan fact Angry Birds nih.

redakan kesakitan dengan tiger balm plaster

bagi yg keja kuat atau yg buang masa depan pc layan fb berjam2 tu sampai krem pingang, ni ada produk baru dari tiger balm iaitu tiger balm plaster. tiger balm plaster ni boleh melegakan sakit badan & otot. bukan tu ja tiger balm plaster ni bertindak sepeti urutan spa yang boleh memberi kelegaan yg pantas dan berkekalan pada otot yg sakit

ada 2 jenis Tiger Balm plaster iaitu Warm dan Cool. korang boleh pilih ikut citarasa korang nak yg panas atau sejuk.
Tiger Balm plaster dibuat dengan tenunan hidrogel plaster yg unik dan memberikan kelegaan pada kesakitan dari berpanjangan.

sesuai untuk kesakitan di pingang, leher, bahu dan kesakitan otot. cuma korang hanya perlu tampal sahaja tiger balm plaster di tempat yg sakit. untuk pertanyaan atau maklumat lanjut korang boleh ke web rasmi Tiger Balm



Tuesday, November 29, 2011

iklan PTPTN yang mengerunkan

horror!! weh tengok iklan nih. nasib korang la..

buku paling mahal didunia

buku yg berjudul The Official Ferrari Opus ni mungkin akan menjadi buku termahal didunia dan mungkin akan menjadi lebih mahal dari keta Ferrari kerana ianya akan di jual secara lelongan. buku ni jugak adalah buku automotif paling eksklusif yang pernah dibuat.

fuh gila kentang! apa yg buat buku ni mahal sangat. kalau korang nak tau, buku setebal 852 halaman ini berisi koleksi gambar dan data kereta Ferrari. data ferrari tuu. maknanya setiap maklumat kereta ferrari ada dalam nih. bukan tu ja di muka depan buku ni terdapat logo kuda dengan berlian. pergh!!!.

kalau korang beli buku ni korang berpeluang bergambar bersama replika kereta Formula 1 yang digunakan oleh bekas pelumba Ferrari dan juara dunia 7 kali, Michael Schumacher. gambar korang tu akan di masukan kedalam buku nih. eklusif weh!.

tapi kalau ada yg berminat korang kena cepat, sebab penerbit buku ni hanya membenarkan satu buku untuk satu negara sahaja. Jadi siapa yg nak beli kenalah bersaing untuk mendapatkannya. rare! tu kalu korang beli mkananya korang la satu-satunya pemilik buku ni kat Malaysia.

mesti korang cakap, ada ka org nak beli buku juta2 kan. korang tau tak malaysia antara yg teramai tau penguna ferrari kat asia. jadi buku ni mesti akan direbut oleh peminat ferarri sbb ianya sgt limited dan hard to find. buktinya Sebelum ni sudah ada edisi lain yang dinamakan Enzo edition yang juga dicetak sebanyak 400 unit. Buku ini masing-masing dijual dengan harga US$ 37.500. tu dia lepas myvi 2 biji tu. apa pun kalau korang nak baca buku ni jugak, jangan risau Ferrari khabarnya akan menyediakan buku ni dalam bentuk digital untuk dibaca di iPad atau iPhone dan boleh didapatkan di iTunes. sabor ye...

aku pun antara peminat ferrari tapi tengok bleh pegang jangan kahkahkah. tiga kali hidup balik pun blum tentu bleh bli ferrari ni kan pulak buku ni waawaa. ni baru buku agak2 korang berapa harga meja yg di perbuat dari kereta ferari yg rosak ni.








lukisan novel klasik Mark Twain’s untuk Google doodle hari ni


Google doodle adalah front page untuk carian Google. Google doodle ni aku suka walaupun simple tapi unik. sesekali bertukar mengikut kejadian yg pernah berlaku atau yg akan berlaku. kadang2 disertakan dengan animasi. untuk hari ni Google letakan satu imej yang baru untuk menunjukan ulang tahun yg ke 176 Mark Twain. satu lukisan yang berdasarkan novel klasik Twain iaitu Huckleberry Finn dan walaupun ia salah satu doodles yang simple dan hanya untuk sementara waktu tetapi dikatakan antara yang paling cantik antara doodles2 sebelum ni.

Mark Twain adalah seorang penulis satira lucu, pengarang novel, serta pensyarah dari Amerika Syarikat yang termasyhur (30 November 1835 – 21 April 1910).

yang bestnya Google Tiada sebab tertentu mengapa hari jadi yg ke 176 Twain amat istimewa sehingga dibuat
Google doodle. Proses membuat keputusan Google untuk doodles adalah sesuatu yang misteri dan seolah-olah membuat pilihan secara rawak.

Mark Twain

design Google doodle seblum ni. cantik and kreatif tapi semua ni hanya sementara ja. kalau korang nak tau kos untuk membuat Google doodle ni sangat lah mahal. terutama yg ada animation. ni la trade mark Google simple tapi unik. buat apa banyak2 iklan buat berat ja...




Monday, November 28, 2011

kereta konsep smartphone pertama di dunia

Toyota manafacturer telah mendedahkan kereta konsep mereka Fun-VII, sebuah kereta konsep futuristik interaktif yang mempunyai pintu skrin sentuh dan fungsi mcm smartphone. korang ingat handphone ja ada skrin sentuh. abih la keta pun ada touch screen. ni kalau bergeser ni abis.

yg bestnya fungsi body keta ni seolah2 screen smartphone yg besar. boleh ubah wall paper tiap2 hari. ikut suka korang la nak letak wall paper hutan ka awan ka. apa pun bleh. tengok video pun kat pintu keta ja. dahsat woi.. bagi aku keta ni tak sesuai la untuk guna kat jalan raya. tapi untuk masa depan siapa tau. jangan layan 3gp tepi pintu dah. wawawa....









kemenangan pertama pasukan bola sepak Samoa

pada peminat bola sepak yg dok kutuk pasukan harimau muda. terutama paper kosmo tu. korang sepatutnya bersyukur. walaupun kita kalah dlm kelayakan olimpik tapi gold madel weh dalam sukan sea. sekurang2nya ada gak kita menang. menang kalah adat la. klu korang dok samoa amerika ni baru korang tau. pasukan bola sepak dorang baru menang sekali dalam masa 17 tahun tau. bukan menang piala atau pingat emas tapi menang game kelayakan piala dunia biasa ja.

pasukan samoa menang dengan pasukan tonga 2-1. sebelum ni dorang kalah dalam 30 game straight dan pernah kalah dengan pasukan australia 31-0. sepanjang kelayakan piala dunia gol dorang telah bolos sebanyak 129 kali dan hanya menjaringkan 2 gol saja. jadi rakyat malaysia semua dengan media2 korang patut bersyukur dengan pasukan negara kita. jangan bila menang korang puji melambung sampai tak cukup kertas nak tulis. bila kalah korang kata dorang malukan negara. apa la doh!!..


Jenama nike haram

ada yg tak setuju dengan fatwa yg di keluarkan ni. tapi pasal halal haram aku no komen. sbb aku pun sama turrrr!!.. kita serah pada yg lebih arif.

teringat drama Oh! Haram yg aqasha dengan rita berlakon masa bulan puasa ari tu. ustaz asyik haram2 last2 dengan pompuan out. klakar cita tu wawawa. apa2 pun pasal halal haram ni aku tak berani nak cakap. siapa la kita ni, manusia biasa ja. tak ada sorang pun yg perfect....


bawak Dani jalan2 tengok raja lawak tour

semalam aku bawak puan nunu dgn mister dani kecik tengok maharaja lawak tour. bleh la tapi tak ramai sangat. artis pun suam2 air suam ja. ada la 2 3 org dak af ngan dak raja lawak. ok la sbb nak mengembirakan pn nunu. dia ni suka sangat artis. dengar ja artis jom jom p tengok. apa la nak tengok sangat artis tu. apa kurangnya aku. aku pun ok apa. mcm rain. ensome lg adak. paling tak bleh blah mamat sepah. ada lak dia cakap kat sorang brader ni 'yang pegi jahanam tu pakcik' aik. hmm mulut tungkik sib baik tak cakap kat aku. apa2 pun artis layan ja la noh. mungkin tu stail dia nak buat lawak. overol enjoi. dani play time. kat luar hujan main indor ja..

kalau tak mau naik abis duit aku last2
melalak tak mau turun abis jugak duit aku
sampai tak mau turun.

dah setaun lebih budak Dani nih. main la puas2.
nanti ayah bayor ek! (gambar diambil
menggunakan DSLR zaman jepun
harap maklum wawawaa!!)

bandar hantu di pulau Hashima, jepun

horror gila weh tengok pulau ni. Pulau hashima ni pernah ada penduduk dari 1887 hingga 1974 sebagai kemudahan kepada perlombong arang batu. Ia mempunyai 5259 orang penduduk dan telah dibuka oleh Syarikat Mitsubishi. pulau ni gak pernah menjadi bandar yang paling padat di dunia dengan 5259 penduduk dan kemudian ditinggalkan kerana aktiviti perlombongan yg telah di stopkan di situ. sekarang keadaan bangunan di situ rosak teruk dan hanya dihuni oleh binatang2 kecil. kenapa dipangil bandar hantu. korang boleh tengok gambar kat bawah ni. gambar hitam putih menghorrorkan lagi keadaan... seram ja klau tengok.. pendapat aku Syarikat Mitsubishi tutup tempat ni sebab siapa nak beli lancer ngan evo 10 kat sini kan, klau ada orang beli pun wat tukun ja wawawawa!!!











Wednesday, November 23, 2011

meja diperbuat dari kereta ferrari yg rosak

kalau kat utara ni ada dr cendawan yg sangat bangga dengan ferrarinya mcm dia sorang ja yg pakai ferrari kat malaysia ni lol!!. lain pula di perancis seorang pereka Charly Molinelli telah merekabentuk sebuah meja kopi yang deperbuat dari Ferrari yg rosak. Molinelli telah tejumpa sebuah ferrari yg telah hancurkan dan dimampatkan di kedai potong. di situlah timbul idea untuk membuat meja kerana saiznya sesuai dijadikan meja setelah dimampatkan. meja itu kini diletakkan di rumah peribadi Molinelli. hmmm.. agak2 berapa juta harga meja ni. apa pun memang kreatif..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...