Terbest Untuk Dibaca

Sunday, November 20, 2011

cara buat QR-CODE untuk blog


pergh! hari ini dalam sejarah blog aku mengikut peredaran zaman. blog aku dah ada QR KOD siot. wawawa. canggih takkk... bangga sunguh. ya la bagi blogger yg try n error rabun teknologi mcm aku ni kira satu kejayaan la kan. haha. ok sebetolnya QR kod ni dah lama orang guna aku baru bleh buat sendiri kuakuakua.

QR kod ni dicipta untuk mengantikan Bar kod. alah yg korang beli barang kat Tesco dorang scan harga tu yg ada jalur2 hitam ada nombo kat bawah dia. tapi QR kod ni lebih canggih. maksud QR kode ni adalah ‘Quick Respon Code’ dicipta oleh Denso-Wave yang berasal dari jepun dan mula digunakan pada tahun 1994. pada mulanya kod ni cuma digunakan syarikat Toyota Groups untuk mengecam dia punya part kereta. tapi sekarang dah jadi satu trend pulak syarikat2 besar mempromosi laman web atau maklumat mereka mengunakan QR kod ni sebab ianya sangat mudah. korang bleh scan saja QR kod yg ada dalam paper, di dinding tepi2 jalan, tiang elektrik, dalam tv atau papan iklan yg bapak besar pun boleh scan. tu lah kelebihan QR kod berbanding bar kod. boleh scan dalam apa ja keadaan kecik ka besar ka tak de hal, cuma scan ja dan korang boleh terus ke laman web di sebalik QR kod tu.

cara gunanya korang yg ada smartphone atau gandjet yg ada aplikasi QR-CODE Reader cuma scan ja bentuk QR kode tu dan boleh terus ke lawan web disebalik QR kod tu. senang kan tak payah la korang taip laman web yg korang selalu baca selalu. contohnya korang scan QR kod blog aku nih dengan samartphone korang yg mahal tu. lepas tu bleh trus ke blog aku yg merapu nih tak yah penat2 taip url aku panjang2 kan. dah la blog tak glamour buang masa korang ja taip lama2. so korang bleh scan ja trus QR kod aku. semua QR kod yg di buat adalah berlainan. ha canggih tak. ketinggalan aku ni kan. tapi tak pa ada improvement cheh! (tak betul bi aku tlong abai kan bleh)

bukan blog dan laman web ja bleh guna benda ni. QR kod ni gak bleh tukar maklumat peribadi mcm nama korang, no telifon, alamat dan mcm2 lagi dalam bentuk kod. cuma orang hanya perlu scan ja kod yg korang buat untuk tengok maklumat korang. jadi tak perlu la korang tulis panjang2 lepas ni. just bagi ja kod yg simple. best kan lepas ni kalau nak ayat awek just bagi QR kod ja. fuh!! makin mudah noh...

sekarang semua syarikat2 besar dah buat QR kod. bukan apa bleh jimat cuma iklankan ja QR kod tu. jimat la ruangan iklan dalam paper kan. korang bila lagi. yg mana dah otai abaikan dan yg blum buat bleh mula buat QR kod kat sini QR-CODE Generator mudah ja just masukan korang punya blog url dan tekan ja butang generate siap dah korang punya QR kod. bleh copy trus. mudah gila. kalau korang nak buat text ngan no fon dalam bentuk QR kod pun bleh just klik letak no fon ja lepas tu generate. siap!!. lepas ni siapa yg tanya pasal blog korang just tunjuk ja QR kod nih. atau pun korang bleh buat busines kad yg cuma ada QR kod. canggih kan. kat bawah ni QR kod untuk blog merapu aku nih sfiqs.blogspot.com bleh cuba try scan tengok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...