huh! aku banyak hutang. hutang study, hutang tv led, personel loan lagik. tu tak termasuk komitment tetap mcm sewa rumah, elektrik, air semua tu. peningkan. waaaawaaawawa!!!. sekarang aku tengah amal sepuluh langkah ni. setakat hari ni Alhamdulilah ada perubahan sikit. cuba dulu dari korang dok pening2 tengah bulan kan. kat sini ada 10 langkah selesai hutang yang korang boleh cuba.
1. check rekod perbelanjaan korang untuk tempoh 12 bulan. tengok semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang korang ada. untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku catitan yg kecil (buku 555 pun bleh) untuk untuk menulis semua perbelanjaan korang, walaupun untuk membeli sebungkus tek o ais sekalipun. Akhir sekali korang akan mendapati perbelanjaan korang yg sedikit-sedikit itu menjadi banyak.
2. korang perlu mengira jumlah perbelanjaan korang dalam sebulan, dengan mencampurkan semua komitment yg tetap yg perlu korang bayar dalam sebulan. contoh sewa rumah, bil elektrik, bil air, minyak kereta, toup handphone dan makanan korang selama sebulan.
3. buat satu senarai hutang yang korang tengah tanggung iaitu hutang selain komitment bulanan korang. dan masukkan sekali senarai No.2. ini untuk pastikan berapa hutang yang korang ada.(selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini setiap bulan)
4. buat satu senarai pembayaran minima yang perlu korang buat setiap bulan. contohnya korang perlu membayar rm2000 setiap bulan untuk semua hutang itu.
5. periksa baki yg perlu korang bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. senaraikan semua hutang korang dengan susunan - sedikit diatas sekali, dan yang banyak letakan dibawah. senaraikan semua hutang korang. Contohnya:
a) hutang tv led RM1800
b) hutang kad kredit RM6,000
c) hutang kereta RM60,000
d) hutang rumah RM150,000
7. Sekarang korang perlu membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv led) dan akhir sekali hutang yang agak banyak (rumah dan kereta)
8. prinsip 10% Pada langkah Nombor 4, korang telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu korang bayar setiap bulan iaitu rm2000. set kan dalam minda korang untuk tambah sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu rm200. maksudnya di sini rm200 duit selain komitment hutang bulanan korang.
9. Untuk mempunyai tambahan rm200 untuk membayar hutang, kurangkan rm200 daripada perbelanjaan dan simpan korang untuk membayar hutang. contohnya. gaji korang rm3500, hutang rm2000, baki rm1500. ambil jumlah 10% daripada rm2000 iaitu rm200 dalam rm1500 baki gaji korang. mcm mn cara untuk mengumpulkan rm200 ni kan. ya la itukan duit lebihan gaji korang mesti la nak berbelanja kan. jadi korang perlu berbincang dengan keluarga korang apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika korang merokok, try to stop. korang pelu cari jalan untuk berjimatkan paling kurang rm200 sebulan.
10. bila dah berjaya, gunakan duit tambahan rm200 tu untuk membayar hutang no.1 korang yang sedikit dahulu. Jika korang membayar rm100 sebelum ini, sekarang korang bayar RM300 (rm100+rm200). bila habis hutang pertama, gunakan rm300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar rm200 untuk hutang kedua, korang bayar rm500 (rm200+rm300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan kesan yg maksimum untuk melangsaikan hutang korang dengan pantas. Teruskan teknik ini sehingga hutang yg terakhir. bila semua dah selesai dengan jangka masa yg singkat korang boleh buat apa saja dengan rm2000 yg korang kluar untuk bayar hutang selama ni. rm2000 beb byk tuh....
SELAMAT MENCUBA!!! AKU TENGGAH CUBA SEKARANG...
No comments:
Post a Comment