Terbest Untuk Dibaca

Saturday, October 15, 2011

review filem Real Steel


jumaat lepas aku dah tengok filem real steel. mmg awwsome!! gila la filem ni. bagi aku tranfomers dengan miceal bay sila tutup kedai lah. real steel mmg best mudah untuk faham. relax ja tengok tak payah perah otak korang untuk pikir untuk paham mcm 3 sekual transfomers tu. filem ni bermula dengan sorang bekas peninju charlie kenton (hugh jackman) yg kuat menipu dan banyak hutang ah long bukit beruntung. robot pertamanya bernama ambush rosak dalam pertandingan judi dengan lembu jantan yg besar. selepas kekalahan tu charlie kenton mendapat tahu bekas awek dia mati dan meningalkan sorang anak lelaki max kanton (dakota goyo). perangai mmg sebijik bapak dia. disebabkan si makcik nak merebut hak penjagaan max. charlie menawarkan max pada pakciknya yg kaya dengan pertukaran 100 ribu usd. tetapi max perlu tingal dengan charlie beberapa bulan sementara ibu bapa saudara dia pergi berbulan madu di perancis. dengan duit deposit petukaran max 50 ribu usd, charlie membeli sebuah robot second hand bernama noisy boy iaitu robot bekas juara liga tinju dunia. atas sikap charlie yg sombong dan terlalu yakin noisy boy rosak teruk dalam pertarungan sengit dengan midas robot yg berambut mohawk. hutang carlie menjadi semakin banyak dan terpaksa masuk ke kawasan barangan lusuh untuk mencuri alat ganti robot. di situ lah max terjatuh dari tebing yg tinggi dan diselamatkan oleh satu lengan robot. max telah mengambil balik robot yg bernama Atom itu. tetapi charlie tidak bersetuju untuk membawa atom bertinju kerana ia adalah dari generasi ke dua. berbadan kecil dan hanya robot yg di cipta untuk latihan robot2 utama sahaja. tetapi atom mepunyai kelibahan kerana dia memiliki mod bertinju dengan bayang atau mod meniru perbuatan tuanya. ianya adalah system yg very rare walaupun ianya dari generasi kedua. selepas mengubahsuai atom dengan mengunakan alat ganti dari bahagian ambush dan noisy boy yg rosak charlie membawa atom untuk bertarung dalam liga WRB tetapi di pandang rendah sbb charlie mempunyai banyak hutang dan atom tak layak untuk bertanding dalam liga. charlie di syorkan untuk pertandingan underground di satu tempat di pangill zoo. di situlah pertandingan bertama atom. atom bermula dengan teruk tetapi memenangi petanding dalam pusingan kedua dengan KO. dari situ la atom mula terkenal dan memenangi banyak pertandingan underground. selepas itu atom di beri pluang untuk menyertai liga WRB dan bermula la atom dalam arena tinju profesional. WRB di sertai oleh robot2 yg canggih termasuk lah juara bertahan dan tak pernah tewas iaitu zeus. zeus adalah robot juara yg cangih dan boleh menghancurkan lawan dalam pusingan pertama sahaja. ianya adalah milik jutawan Farra lemkova (olga fonda) dan penciptanya tak masyido (karl yune) yang sombong. dalam perlawanan pertama atom telah di cabar oleh twin cities sebuah robot berkepala 2 yg canggih. pada awal pertarungan atom mempunyai masalah kera twin cities mempunyai 2 kepala yg boleh berpusing dan mengawasi atom dalam setiap sudut. dengan ketangkasan atom, twin cities rosak teruk dan berjaya di tewaskan. di situ lah max mencabar zeus di depan orang ramai. tibalah pertandingan final antara atom dan zeus. ramai yg tak yakin dengan atom dan menjangka atom akan hancur di pusingan pertama lagi. atom di asak teruk pada pusingan pertama sehinga jatuh. di banyak bertahan di sebabkan ketangkasan zeus yg pantas menumbuk sehingga atom tak sempat membuat tumbukan balas. di sebalik bertahan atom sempat melepaskan tumbukan yg membuatkan zeus berundur. membuatkan penonton terkejut kerana zeus tak pernah berundur dari musuh. dengan kerosakan yg banyak atom berjaya melepasi pusingan pertama. atom bertahan hingga ke pusingan keempat. kerosakan atom semakin serius sehingga mod panduan suaranya rosak dan pada pusingan akhir max mencadangan carlie mengunakan mod tinju bayangan yg ada pada atom yg tak pernah digunakan. di situ lah carlie mengunakan pengalamannya dalam pertandingan tinju. pergerakan atom menjadi lincah seperti peninju sebenar. kepandaian atom menyimpan tenaga membuatkan system zeus menjadi lemah dan dari situlah atom mula menyerang zeus secara bertubi-tubi. zeus rosak teruk pada system dan terpaksa mengunakan turbo dan dipaksa bergerak oleh tak mashido untuk bangun. dalam pusingan terakhir zeus beberapa kali jatuh dan tak dapat menandingi kepantsan atom. zeus akhirnya diselamatkan oleh loceng penamat. kejuaraan terpaksa di tentukan oleh kiraan mata dan akhirnya zeus memenangi perlawanan dengan kelebihan mata. apa pun atom tetap menjadi juara rakyat di sebabkan zeus cuma di selamatkan oleh loceng. bagi aku filem ni mmg best. jalan cerita yg ringan tetapi kualiti yg tebaik punya. pengunaan teknologi tak berlebih lebih. just nice simple. watak charlie dan max banyak menbangkitkan filem di dengan dialog yg bersahaja. mmg best. pada miceal bay yg top sangat tu sila kaji balik transfomers tu ya. dah 3 sekual pening aku tengok. kalut semacam ja. kau nak buat cerita robot ka kau nak buat cerita perang vietnam. ada ka patut shock wave yg gagah tu mampus dengan geng2 nest tu ja. tembak mata mampus. cam sial kan. baik tak payah buat watak shock wave tu buat sakit hati ja. buang masa aku 2 tahun tungu bleh. bagi aku real steel 10 kali ganda lebih best dari 3 sekual transfomers. bagi yg nak layan trailer bleh tengok kat sini. untuk nak tengok picture robot yg ada dalam movie ni sila masuk sini. mmg puas hati tak caya korang pg tengok dendiri. terbaikkkk..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...