Terbest Untuk Dibaca

Wednesday, October 5, 2011

steve jobs death. kematian seorang tycon teknologi.

Apple mengumumkan kematian Steve Jobs hari ini akibat kanser sejak 2004, kurang daripada lapan minggu selepas ikon pengasas syarikat Apple meletak jawatan sebagai ketua eksekutif. Steve Jobs ni kira salah sorang icon yg aku minat sebaris dengan jutawan2 lain yg berjaya mcm bill gates. ini sedikit info pasal hidup steve dan gambar keadaan semasa bliau sakit.

pada umur 17 tahun, Steve memulakan pengajian di Reed College, sebuah universiti yang agak terkenal dan mahal. Demi pengajian di tempat itu, bapanya yang hanya pegawai rendah, rela menghabiskan seluruh duit simpananya. Setelah kuliah selama enam bulan, Steve berminat dengan pengajiannya disitu dan mengambil keputusan untuk berhenti. dia mengambil keputusan belajar sambilan secara bebas apa yg dia minat.

walaupun bimbang dengan masa depanya lama kelamaan dia dapat menyesuikan diri dengan hidup di luar kampus. Steve tidak perlu lagi mengambil kuliah wajib. dia mengikuti kelas apapun yang ia sukai. Salah satu kelas yang menjadi kegemaranya adalah kelas kaligrafi. dengan minatnya dalam kaligrafi lalu dia mencipta aplikasikan dalam tampilan Graphical User Interface (GUI) sistem operasi Macintosh. dari situlah bermula revolusi hidupnya dalam bidang komputer.

10 tahun kemudian, Steve telah berjaya dengan perusahaannya Apple, Inc.. Perusahaan tersebut kini telah memiliki 4.000 pekerja dan aset sebanyak 2 million dolar. pada umur 30 tahun, Steve mengalami banyak perbezaan pendapat dengan pihak pemegang saham dan dia dipecat selepas itu.

setelah dipecat dia meneruskan minatnya dalam bidang seni tetapi masih lagi dalam dalam bidang komputer lalau dia membuka sebuah syarikat bernama NeXT dan juga sebuah studio animasi bernama Pixar. berkat sentuhan kreatif Steve, Pixar berjaya menjadi studio animasi ternama. Studio ini berjaya menciptakan film animasi komputer 3 Dimensi pertama di dunia, iaitu Toy Story, dan puluhan film animasi 3D yang lain hingga sekarang.

Melihat kejayaan NeXT dan Pixar, Apple, Inc. yang kini sudah bukan milik Steve tertarik untuk membeli 2 syarikat baru yang didirikan Steve itu. Dan Steve kembali masuk semula ke Apple, Inc sebagai ceo. Hingga kini, Apple, Inc. telah berjaya menjadi syarikat komputer ternama di dunia. Produknya memiliki pasar sendiri dan lebih eksklusif dibandingkan Microsoft Windows. Steve Jobs sendiri telah mengeksplorasi hobinya dan mencipta teknologi baru. dari hobbinya itulah terhasilnya produk-produk inovasi yang dikeluarkan Apple, seperti iPod, iPhone, Apple TV, iPad dll sehingga kini.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...